REVIEW FILEM: DAULAT (2020)


TAJUK FILEM: Daulat
ARAHAN: Imran Sheik

Aku sangat-sangat puas hati lepas menonton filem genre dark political thriller ni. Sememangnya penantian aku untuk filem ni tak sia-sia.

Filem yang ditulis sendiri oleh pengarahnya iaitu Imran Sheik ini mengisahkan Parti MUNA yang telah tewas dalam PRU baru-baru ini dengan Parti WAWASAN. Hassan, presiden MUNA, meminta buah fikiran daripada Suri, timbalannya, untuk mengatur strategi supaya parti mereka dapat menang semula pada PRU yang seterusnya. Suri mencadangkan agar mereka menubuhkan parti baru tetapi perlu bergabung dengan beberapa parti sedia ada.

Parti baru tersebut diberi nama Pakatan Politik Pragmatis, gabungan antara Parti MUNA, Hizbul Muslimin (HM) yang diketuai oleh Saiful & Ikatan Sosialis Malaysia yang dipimpin oleh Melissa. Matlamat mereka hanya satu. Menumbangkan Parti WAWASAN pada PRU seterusnya. Dalam pada itu muncul watak-watak lain seperti Idrus & Nadiya yang mengalami masalah modal untuk melaksanakan projek mega syarikat mereka bagi menyaingi syarikat pesaing mereka yang merupakan pro-kerajaan. Kemudian hadir pula watak Jasmin yang berusaha mencari wang pembiayaan kos pembedahan ayahnya yang sakit dengan menggunakan menggunakan jalan pintas yang berani dia pilih dan tempuh. Dalam pada itu, watak Ali Fahim pula selaku Timbalan Perdana Menteri, bergelut dengan dilema yang tersendiri. 

Aku sangat puji dengan susunan plot filem ni dari mula sampai habis. Dari permulaan, konflik, klimaks & penutup. Semuanya terbaik. Dan yang paling utama plot twist filem ni aku sendiri tak dapat jangka. Sangat-sangat hebat. Untuk lakonan, aku paling kagum dengan watak Suri, lakonan Vanida Imran. Watak Suri ni dia ada karisma yang sangat tinggi. Dia tampil elegan tapi menakutkan dalam masa yang sama. Pada aku watak Suri adalah watak paling kuat dalam filem dan berjaya bawak aku hingga ke penghujung cerita. Dan aku puji jugak watak-watak lain sebab semuanya berjaya memainkan peranan masing-masing dengan sangat baik. 

Dan yang paling aku suka pasal filem ni ialah dia ambik latar negara Malaysia. Jadi ada beberapa isu politik dalam filem ni hampir sama dengan isu politik di negara kita. Jadi, pada aku filem ni sangat dekat dengan penonton di Malaysia. Aku harap lepas ni Imran Sheik akan hasilkan lagi karya-karya mantap selepas Daulat ni. Syabas buat Imran Sheik dan kru filem Daulat. 

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW FILEM: 12 SUICIDAL TEENS (2019)

REVIEW FILEM: GODS OF EGYPT (2016)