REVIEW FILEM: MUNAFIK (2016)


TAJUK FILEM: Munafik
ARAHAN: Syamsul Yusof

Terlebih dulu aku nak ucapkan syabas kepada brader Syamsul Yusof kerana berjaya membikin filem ini. Mesejnya sampai kepada aku.

Mengisahkan kegetiran hidup seorang ustaz bernama Adam, lakonan Syamsul Yusof, yang kematian isterinya akibat dilanggar lari. Selama 3 bulan hidupnya agak kusut masai. Ustaz Adam juga berhenti dari mengubat penduduk kampung yang selalu terkena gangguan. Dia didatangi oleh kawan karibnya, imam dan ayahnya sendiri dalam memberi semangat semula kepada dirinya.

Di samping itu, satu watak bernama Maria, lakonan Nabila Huda, juga mengalami kecelaruan hidup. Ibu tirinya susah hati melihat keadaan Maria. Di satu ketika, Maria kerap diganggu sesuatu. Khabarnya Maria sering dirasuk oleh belaan milik seorang yang warak dan alim.

Klimaks bermula apabila kehilangan Pak Osman, ayah kepada Maria. Keadaan semakin mendebarkan selepas berlaku satu kematian yang tak dijangka.

Aku puji filem ini kerana pertama, mesejnya sampai kepada aku. Kedua, twist dalam cerita sangat bagus. Aku sendiri tak jangka twist sedemikian. Syabas aku ucapkan kepada pengarah dan krew filem ini. Aku harap brader Syamsul Yusof dapat bikin filem sebegini lagi di masa akan datang. Aku rekemenkan kepada korg semua filem ini. Memang terbaik.

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW BUKU: #SERAMSHIT 1.5