REVIEW FILEM: RAATCHASI (2019)


TAJUK FILEM: Raatchasi
ARAHAN: Sy Gowthamraj

Sudah lama tak layan filem tamil. Jadi, baru-baru ni kawan aku ada cadangkan satu filem tamil baru tahun ni. Tajuknya Raatchasi. Nampak saja pelakon utamanya aku kenal, iaitu Jyotika. Aku pernah tonton lakonan beliau dalam filem tamil kegemaran aku iaitu Chandramukhi, lakonan watak utama Rajnikhan.

Aku sangat suka tonton filem yang memaparkan isu pendidikan tak kira apa negara sekalipun. Jadi, ini antara tarikan aku nak tonton filem ni. Ya, memang aku amat berpuas hati dengan filem ni. Ia memaparkan masalah salah guna kuasa dalam sistem pendidikan di sebuah sekolah pedalaman di kawasan R Puthur.

Jyotika memegang watak sebagai Geetha Rani, datang ke sekolah tersebut dan menggemparkan seluruh sekolah bahawa beliau adalah Guru Besar baru sekolah itu. Geetha Rani memerhati segenap ceruk masalah-masalah dalam kawasan sekolah beliau. Sedikit demi sedikit dia mengubahnya tanpa gentar. Meskipun pelbagai ancaman menanti dirinya.

Ada jugak beberapa babak yang buat aku hiba dan sebak di mana membuktikan bahawa pendidikan tidak boleh sama sekali dipolitikkan dan disalahguna untuk kepentingan sendiri. Malah, bila aku dapat tahu kenapa Geetha Rani datang ke sekolah tu dan identiti sebenar Geetha Rani, lagi membuatkan aku sangat terkejut.

Perjalanan cerita aku rasa agak cepat tetapi berjaya disusun kemas oleh pengarah. Naratif cerita berkembang dengan baik bersama elemen kejutan yang bagus. Aku syorkan untuk mereka yang tak pernah layan filem tamil, cubalah tonton filem hebat ini. Dan filem ni mengingatkan aku pada satu lagi filem kegemaran aku iaitu filem Baginda, arahan Aziz M Osman.

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW FILEM: 12 SUICIDAL TEENS (2019)

REVIEW FILEM: GODS OF EGYPT (2016)