REVIEW BUKU: LAKNAT


PENULIS: Fahmi Mustaffa
PENERBIT: Buku Fixi

Novel setebal 258 muka surat ni mengisahkan Amar yang melalui masa gelap penuh trauma angkara abang kandungnya sendiri, Ikhwan. Dia diliwat. Sejak itu Amar bermusuh dengan abangnya, agama malah dengan Tuhan. Namun, itu semua tidak lama bila dia masuk belajar di sebuah universiti bidang sains. Dia bertemu dengan Hakim, pelajar pondok & Zabedoh, kawan sekampungnya. Sejak itu, pelbagai peristiwa berlaku. 

Hakim nyaris dilucutkan biasiswanya kerana berdebat dengan seorang prof pemenang Hadiah Nobel tentang perspektif agama. Dr. Alev bersengketa dengan prof tersebut malah tersepit antara soal kerja & peribadi. Satu insiden berlaku kepada Amar, Ikhwan, Hakim & Zabedoh. Muncul watak Molly Angela, pelacur kelas atasan yang jadi tanda tanya aku pada mulanya dan juga watak Estrada yang penuh misteri. Keseluruhannya novel ini berjaya bawa aku menyelami semua emosi dalam plot serta watak-wataknya.

Aku suka novel ni sebab banyak pengetahuan baru dari gaya bahasa, istilah sains malah info-info bagus, antaranya seperti jenis-jenis hukuman yang ada di seluruh dunia. Gaya bahasa yang bagus, tak bosan. Malah buku ni berjaya buat air mata aku menitis. Terbaik.

RATING BUKU INI:⭐⭐⭐⭐⭐ 

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW BUKU: #SERAMSHIT 1.5

REVIEW FILEM: MUNAFIK (2016)