REVIEW FILEM: KAALI KHUHI (2020)


TAJUK FILEM: Kaali Khuhi (Telaga Hitam)
ARAHAN: Terrie Samundra

Filem ni aku tertarik nak tonton sebab ini pertama kali aku tengok ada filem seram dari negara Pakistan. Ia mengisahkan sebuah kampung yang dilanda peristiwa mengerikan di mana muncul seorang kanak-kanak perempuan berbaju merah merayau-rayau di sekitar kampung. 

Shivangi, watak utama filem ini, sering mendengar suara aneh dari dalam telaga. Ibunya sering menegur agar jangan terlalu melayan khayalannya. Pada hari itu Shivangi mengikut ibu bapanya pulang ke kampung kerana neneknya sakit aneh dan tak boleh bangun. Tiba di kampung, Shivangi bertemu dengan kawan baiknya, Chandni. Mereka ke rumah Chandni dan Chandni membaca sebuah buku rahsia yang mengisahkan sebuah kisah seram yang berlaku di kampung mereka. Setelah itu, berlaku pelbagai gangguan hingga Shivangi dapat tahu ahli keluarganya ada rahsia gelap yang menyeramkan. 

Filem ni kena tonton dengan teliti sebab ada beberapa babak flashback yang penting. Tahap seramnya boleh tahan. Jalan cerita sedikit kompleks tetapi dengan perhati babak flashback, dapat bantu kefahaman jalan cerita. 

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐½

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW FILEM: 12 SUICIDAL TEENS (2019)

REVIEW FILEM: GODS OF EGYPT (2016)