REVIEW FILEM: NO ESCAPE (2020)


TAJUK FILEM: No Escape
ARAHAN: Will Wernick

Sempena ulang tahun ke-10 kejayaannya, Cole, bintang vlogger, ingin mencari bahan paling menarik untuk tatapan para peminatnya. Cole dan kawan-kawannya mendapat jemputan ke Moscow, Rusia untuk merasai pengalaman bermain permainan escape room di sana. Sepanjang mereka berada di escape room tersebut, mereka bingung kerana permainan di ruang tersebut sangat membahayakan. Apabila mereka keluar dari bilik itu, mereka masuk ke satu ruang yang sepatutnya ada staf yang jaga di situ tetapi tiada sesiapa. Malah ruang itu berselerak dan ada kesan darah. 

Cole dan kawan-kawannya semakin bimbang kerana mereka yakin bahawa mereka bukan lagi dalam permainan. Cole mencari jalan keluar dari ruang itu untuk menyelamatkan kawan-kawannya termasuk kekasihnya. Namun, apabila pintu ruangan itu dibuka, ia terus mengubah hidup Cole, kekasihnya serta kawan-kawannya buat selama-lamanya.

Jalan cerita filem ni boleh tahan. Aku berjaya ditarik sampai ke akhir cerita. Dan paling aku suka ialah ada beberapa babak yang memaparkan insiden realiti yang pernah dibuat oleh selebriti sosmed di dunia sebenar. Rasa suspen dan thrill turut aku rasa sepanjang tonton filem ni.

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐½

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW FILEM: 12 SUICIDAL TEENS (2019)

REVIEW FILEM: GODS OF EGYPT (2016)