REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)


TAJUK FILEM: Love And Monsters
ARAHAN: Michael Matthews

Masa pertama kali aku tengok tajuk dia, tajuk filem ni biasa aje pada aku. Aku terus anggap mesti filem ni pun biasa je dan membosankan. Lepas dah selesai tonton, tanggapan aku salah sama sekali. Ini ialah filem raksasa terbaik yang aku pernah tonton selama ni. Kisahnya pasal seorang lelaki bernama Joel Dawson, antara mangsa yang terselamat selepas Monsterpocalypse, di mana semua haiwan kat Bumi bermutasi jadi raksasa lepas terkena hujan cecair aneh dari seketul meteor yang nak hancurkan Bumi.

Joel Dawson yang duduk di koloninya mahu mencabar dirinya dengan nak membuat satu misi. Nak berjumpa dengan kekasihnya, Aimee, yang mana lokasi koloni Aimee terletak 80 batu dari koloni Joel duduk. Joel tetap nekad dan keluar dari koloninya untuk teruskan misinya itu. Dalam perjalanan ke koloni Aimee, Joel bertemu dengan seekor anjing setia bernama Boy yang kematian tuan, Clyde dan Minnow, anak beranak bukan sedarah sedaging. Clyde kematian anak lelakinya, Minnow kematian bapanya, mereka berdua jumpa dan mengembara di atas Bumi bersama-sama. Malah Joel turut diserang dengan pelbagai raksasa hingga Joel belajar sesuatu daripada misinya ini yang takkan lupa sampai mati.

Susunan cerita filem ni bagus. Lancar dan mudah faham. Konflik pun bagus. Aksi pun sangat hebat. Malah, nilai-nilai murni tetap berjaya sampai pada aku sepanjang menonton filem ni. Filem ni ibarat macam filem Fantastic Beast & Where To Find Them. Makhluk-makhluknya bukan makhluk magis tapi makhluk Bumi yang bermutasi jadi raksasa. Sangat menarik. Mahu layan sekali lagi tonton filem ni. Terbaik.

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: 12 SUICIDAL TEENS (2019)

REVIEW FILEM: GODS OF EGYPT (2016)