REVIEW FILEM: HIS HOUSE (2020)


TAJUK FILEM: His House
ARAHAN: Remi Weekes

Inilah pertama kali aku tonton kisah seram melibatkan orang pelarian. Kisah ini berkenaan sepasang suami isteri yang dibebaskan dari tahanan pelarian. Mereka diberi sebuah rumah dan tak dibenarkan kerja dan pindah ke mana-mana. Kejadian seram bermula lepas mereka pindah masuk ke dalam rumah tu.

Mereka suami isteri ni adalah pelarian dari tempat mereka yang tengah berlaku perang antara kaum. Masa dalam perjalanan menyeberang laut, sampan mereka dipukul badai dan anak gadis mereka hanyut dan mati lemas. Selepas mereka berdua pindah masuk ke rumah baru mereka dapat, macam-macam kejadian seram berlaku. Antaranya penampakan roh anak gadis mereka. 

Babak paling seram aku masih ingat masa entiti tu berlari-lari dalam dinding. Meremang sekejap. Peleraian cerita pun bagus. Aku betul-betul tak sangka ending dia macam tu. Susunan cerita ringkas dan kemas. Berjaya buat aku tunggu sampai akhir cerita. 

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW FILEM: 12 SUICIDAL TEENS (2019)

REVIEW FILEM: GODS OF EGYPT (2016)