REVIEW FILEM: JERITAN MALAM (2019)


TAJUK FILEM: Jeritan Malam
ARAHAN: Rocky Soraya

Kisah bermula apabila Reza berhijrah ke Jawa Timur sebab dapat tawaran kerja kat sana. Tiba kat situ, Reza masuk ke rumah pekerja dan di sana dia bertemu dengan Indra dan Minto, rakan serumahnya. Dan rumah itu dijaga oleh Pak Dikin, lelaki separuh abad yang ramah. Pada suatu ketika, mereka berborak di ruang tamu selepas balik kerja dan di situlah titik mula misteri dan kisah seram di rumah mereka tinggal.

Reza menegur Minto agar segera mandi dan tak tidur di ruang tamu macam malam tadi. Indra dan Minto berkerut dahi. Ketika itu juga mereka berdua membuka cerita tentang kejadian-kejadian aneh dan seram di rumah tersebut. Reza yang tidak percaya dengan perihal alam ghaib menidakkan kata-kata rakan serumahnya sehingga berlaku sesuatu yang mengubah hidup Reza selama-lamanya.

Mesej filem ni bagus dan aku terkesan dengan mesej yang disampaikan. Aku puji lakonan Herjunot Ali membawa watak Reza sebab sepanjang menonton filem ni, aku bengang betul dengan watak Reza. Susunan cerita okey dan jelas. Setiap watak punya peranan masing-masing dan berjaya.

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW FILEM: 12 SUICIDAL TEENS (2019)

REVIEW FILEM: GODS OF EGYPT (2016)