REVIEW FILEM: 12 SUICIDAL TEENS (2019)


TAJUK FILEM: 12 Suicidal Teens
ARAHAN: Yukihiko Tsutsumi

12 orang remaja berhimpun di sebuah hospital lama yang sudah ditutup. Mereka hadir untuk satu matlamat. Bunuh diri. Apabila mereka tiba di situ, mereka terkejut kerana menemukan seorang remaja lelaki terbaring kaku di atas sebuah katil di ruang mereka bakal bunuh diri secara beramai-ramai. 

Mereka fikir itu adalah penganjur perjumpaan mereka hari itu yang telah mendahului mereka. Ketika itu juga mereka sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran seorang remaja lelaki yang memperkenalkan diri sebagai peserta pertama dan penganjur perjumpaan mereka hari itu. 

Mereka bertanya kepada penganjur tersebut siapakah yang terbaring di katil itu. Penganjur itu tidak kenal dengan remaja lelaki tersebut. Mereka menamakannya Zero. Salah seorang daripada mereka mengesyaki bahawa ada antara mereka yang telah membawa remaja lelaki itu ke sini dan telah membunuhnya. Disebabkan tuduhan tersebut, berlaku pelbagai insiden ke atas mereka semua sepanjang perhimpunan maut hari itu. 

Aku suka jalan cerita filem ni yang tidak kompleks dan kemas. Elemen suspen aku dapat rasa hingga nak tahu kesudahan cerita. Dan filem ni berjaya bawak aku ke akhir cerita dengan baik. Syabas.

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW FILEM: GODS OF EGYPT (2016)