REVIEW FILEM: HARMONIKA (2016)


TAJUK FILEM: Harmonika
ARAHAN: Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin

Helmi dan Ika bersama kedua orang puteri mereka, Tisya dan Sasya baru berpindah masuk ke sebuah rumah besar milik mak ngah kepada Ika. Selepas beberapa ketika mereka tinggal di rumah tersebut, berlaku pelbagai gangguan. Gangguan itu bermula pada Sasya dan Tisya. Ika yang semakin bimbang dengan anak-anaknya, mengambil satu keputusan tanpa pengetahuan Helmi, suaminya.

Pertamanya, Ika meminta bantuan mak ngahnya untuk menutup hijab Sasya, namun tak berjaya. Kemudian, Ika bertemu dengan dukun untuk melindungi rumahnya, dan masih gagal juga. Helmi menafikan anak-anak mereka diganggu makhluk halus malah dia memasang CCTV untuk melihat sendiri apa yang berlaku. Pada satu malam, sedang Helmi memantau CCTV di rumahnya, dia tertidur dan terbangun semula. Ketika dia memeriksa rakaman pada CCTV tersebut, Helmi sangat terkejut dan segera membawa Ika dan anak-anak mereka ke satu destinasi yang mana perjalanan hari itu mereka tidak akan lupa sampai bila-bila.

Filem ini meskipun bajetnya rendah tetapi ada beberapa elemen dalam filem ni yang aku puji. Pertama, ada beberapa shot filem ini aku lihat sangat baik. Kedua, Siti Elizad berjaya bawa watak Ika sebagai ibu dengan sangat bagus. Kekuatan filem ini ialah pada watak Ika. Dan ketiga, plot twist yang aku tak jangka. Aku sangat puji dengan usaha tim produksi filem ini. Mereka buat sehabis baik filem ini dan aku setuju.

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW FILEM: 12 SUICIDAL TEENS (2019)

REVIEW FILEM: GODS OF EGYPT (2016)