REVIEW FILEM: OCULUS (2013)


TAJUK FILEM: Oculus
ARAHAN: Mike Flanagan

Selepas keluar dari pusat mental, Tim Russel menemui kakak kandungnya, Kaylie Russel. Mereka berbual dengan bahagia. Namun, Tim mula bimbang apabila kakaknya Kaylie menyebut kembali janji yang mereka telah lafaz dahulu. 

Kaylie yang bekerja di syarikat lelongan barang antik berjaya menemukan sebuah cermin antik yang telah dibeli dalam satu sesi bidaan di premisnya. Kaylie mengajak Tim untuk menemaninya ke rumah lama mereka bersama cermin antik yang dipinjam oleh Kaylie atas alasan pembaikpulih sebelum diserah kepada pembeli tidak lama lagi. Menurut Kaylie, cermin itu berpuaka dan telah membunuh banyak nyawa. Setelah tiba di rumah lama mereka, Kaylie mengatur perancangan untuk memusnahkan cermin tersebut. Namun, keputusan Kaylie itu telah mengheret mereka kembali ke waktu gelap yang pernah berlaku ke atas ibu dan bapanya sendiri. 

Penceritaan filem ni unik kerana ia diselang seli dengan waktu Kaylie dan Tim kecil dengan waktu mereka berdua sudah dewasa. Susunan cerita boleh tahan. Aku suka dengan pertalian antara mereka ketika kecil dan ia berjaya dibawa dengan baik oleh pelakon cilik dalam filem ini. Meskipun berjaya bawa aku hingga ke hujung cerita, tapi aku tak merasai sebarang unsur kekaguman dalam filem ni. Filem yang okey untuk tontonan ringan. 

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐½

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW FILEM: 12 SUICIDAL TEENS (2019)

REVIEW FILEM: GODS OF EGYPT (2016)