REVIEW FILEM: IT CHAPTER 2 (2019)


TAJUK FILEM: IT Chapter Two
ARAHAN: Andres Muschietti

Penantian aku selepas menonton IT Chapter One sangat berbaloi. Filem kedua ni mengisahkan Badut Pennywise mengganas kembali selepas 27 tahun ia ditewaskan oleh tujuh orang ahli Kelab Si Malang. Apabila mendengar berita kematian aneh di Bandar Derry, enam orang ahli Kelab Si Malang mendapat panggilan telefon dari salah seorang ahli kelab tersebut, iaitu Mike. Pelbagai reaksi timbul selepas Bill, Beverly, Richie, Eddie, Ben dan Stanley mendapat panggilan telefon tersebut. Masing-masing serba-salah nak kembali ke Derry sebab mereka semua sekarang ada karier & keluarga masing-masing. Atas sebab perjanjian darah yang mereka bertujuh buat pada 27 tahun yang lepas, mereka berangkat jugak kembali ke Derry. Satu per satu ingatan mereka kembali tanpa mereka sangka. Dan Badut Pennywise turut tak sabar nak bunuh mereka sebab mereka telah menewaskannya 27 tahun yang lalu. Sehingga ada yang terkorban dek dendam kesumat Pennywise yang rindukan mereka bertujuh.

Filem ni lebih baik daripada versi filem asal. Aku dah tonton filem asal. Sangat-sangat bagus. Lebih mendebarkan, dan paling penting lebih seram dari filem pertama. Dia punya seram memang susah nak ramal. Dan aku sangat suka filem ni disusun. Kemas dan bijak. Aku cadangkan yang takut bila tengok filem seram, bawaklah teman. Ada jugak babak-babak yang meremang. Memang terbaik.

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW BUKU: #SERAMSHIT 1.5

REVIEW FILEM: MUNAFIK (2016)