REVIEW FILEM: THE KING'S LETTERS (2019)


TAJUK FILEM: The King's Letters
ARAHAN: Chul-Hyun Cho

Aku tertarik nak tonton filem ni sebab aku ada baca sejarah asal-usul hangul, iaitu abjad negara Korea. Aku memang suka jugak tonton filem sejarah terutamanya berkaitan linguistik.

Filem ni mengisahkan Raja Sejong, raja keempat Dinasti Joseon, yang bercita-cita nak cipta abjad baru untuk memudahkan rakyat kelas bawah belajar dan faham. Di era ketika tu, penduduk Korea guna sistem tulisan cina yang memang susah dipelajari oleh rakyat kelas bawah. Kemudian baginda dapat tahu ada seorang sami Buddha bernama Sami Shinmi, yang pakar dalam linguistik dan fonologi. Raja Sejong membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Sami Shinmi untuk melaksanakan cita-cita baginda itu.

Namun, apabila para pembesar istana mendapat tahu Raja Sejong membuat pakatan kerjasama dengan Sami Shinmi, mereka membantah sekeras-kerasnya, kerana majoritinya jemaah menteri di istana menganut Konfucius dan anti-Buddha. Berlaku konflik dalaman berkenaan isu agama dan jugak politik. Sehingga Raja Sejong sendiri diberi ancaman oleh jemaah menteri untuk menghentikan projek rahsianya itu dan tidak sesekali mencabar kewibawaan pemerintahan China. Namun baginda tetap meneruskan projek hangul tersebut bersama-sama Sami Shinmi.

Sepanjang proses penciptaan hangul, aku sangat tertarik dengan cara yang mereka gunakan. Sami Shinmi membuat rujukan dengan meneliti dan mengkaji huruf-huruf Sanskrit, Tibetan dan beberapa huruf yang lain. Kemudian berlaku satu tragedi yang mengubah segala-galanya.
.
Keseluruhan filem ni pada aku bagus dan aku rekemenkan kepada yang minat sejarah dan linguistik. Perjalanan ceritanya agak perlahan dan ada jugak bahagian yang bosan tapi sikit saja. Dan barulah aku tahu kenapa penduduk Korea amat menghormati hangul sehingga diwujudkan satu hari umum di Korea iaitu Hari Hangul pada 9 Oktober setiap tahun.

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW FILEM: 12 SUICIDAL TEENS (2019)

REVIEW FILEM: GODS OF EGYPT (2016)