REVIEW FILEM: FRACTURED (2019)


TAJUK FILEM: Fractured
ARAHAN: Brad Anderson

Kisah bermula di mana Ray bersama-sama isterinya, Joanne dan anak perempuan mereka, Peri sedang perjalanan bercuti sempena Thanksgiving. Di tengah perjalanan, Peri mahu ke bilik air dan mereka berhenti di sebuah tempat perhentian. Semasa mereka kembali ke kereta, Peri mengadu alat permainannya hilang. Joanne menyangka mungkin anak perempuannya tertinggal benda itu di tandas tadi. Sementara Ray memeriksa di tempat duduk belakang kereta. Ketika itu dia tidak perasan anak perempuannya menuju ke arah kawasan tapak pembinaan terbiar. Kemudian dia terdengar Peri memanggil dirinya, Ray menoleh dan melihat ada seekor anjing mahu menyerang Peri. Dia cuba menghalau anjing itu, tanpa semena, Peri jatuh ke tapak pembinaan itu bersama Ray. 

Mereka berdua cedera dan Ray segera memandu ke arah hospital berhampiran. Tiba di sana, Ray menguruskan kemasukan Peri di wad dan Joanne menemankan Peri untuk sesi CT scan, sementara itu Ray duduk di ruang menunggu. Oleh kerana terlalu letih, Ray terlena beberapa jam. Selepas dia bangun, dia mendapati isteri dan anak perempuannya belum jugak keluar. Ray bertanya kepada staf hospital tersebut adakah dia boleh menjengah sekejap isteri dan anak perempuannya. Namun, staf tersebut memaklumkan bahawa tiada rekod anak perempuannya dimasukkan ke wad di situ. 

Ray bertengkar dengan beberapa staf hospital yang menafikan isteri dan anak perempuannya tidak masuk langsung ke hospital tersebut. Setelah dia sangat curiga dengan hospital itu, Ray memanggil dua orang pegawai polis untuk menyiasat situasinya dan mendakwa pihak hospital telah melakukan sesuatu terhadap isteri dan anak perempuannya. Siasatan berjalan dan akhirnya misteri kehilangan Joanne dan Peri terpecahkan. 

Aku sangat suka susunan plot filem ni. Ada unsur suspen yang membawa aku untuk terus menonton filem ni sampai habis. Dan filem ni berjaya membuatkan aku keliru dengan tekaan aku sendiri tentang misteri kehilangan Joanne dan Peri. Aku sangat suka jalan cerita filem macam ni. Dan aku rekemen 100% filem ni untuk korang layan. 

RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW BUKU: #SERAMSHIT 1.5

REVIEW FILEM: MUNAFIK (2016)