REVIEW BUKU: ROSMOH PEREMPUAN PUAKA

[SPOILER ALERT]


PENULIS: Naufal Tarmizi
PENERBIT: Lejen Press

Berkisarkan kehidupan masyarakat felda. Rosmah bersama dua beradiknya yang lain, Rahimah & Ramona tinggal di Felda Gunung Perawan bersama kedua ibu bapanya, Rafeah & Siak Ali. Kehidupan keluarga mereka berubah apabila Rosmah memakai susuk. 


Kebetulan di felda tersebut kecoh tentang isu anak-anak dara dibunuh hantu purdah. Rosmah terkena tempias kerana ketika itu dia baru sahaja belajar bertudung & memakai purdah. Namun, Rosmah mengenakan purdah kerana dia sudah terlanggar pantang, iaitu melihat cermin. Namun, bukan dia yang melakukan pembunuhan ke atas anak-anak dara tersebut. Keadaan semakin teruk tatkala Rosmah diikat oleh orang kampung dan dia dikurung dalam reban oleh Siak Ali. Shahrizat atau Kak Jat, pemilik kedai jahit di mana Rahimah bekerja turut menyebarkan fitnah & memanggil wartawan akhbar untuk melihat keadaan Rosmah. 


Tanpa diduga, Rosmah yang dirasuk membaham wartawan tersebut dan tanpa diduga Rosmah ditembak mati oleh ayahnya sendiri, Siak Ali. Siak Ali menyerah diri kepada pihak polis & keadaan keluarganya semakin sempit kerana kes pembunuhan anak dara semakin berleluasa. 


Di akhir cerita, terbongkarlah rahsia bahawa semua ini berpunca daripada ibu mereka sendiri Rafeah. Dia yang menyuruh anak-anaknya memakai susuk agar mulut Kak Jat & orang-orang kampung tidak mengata anak-anaknya yang tiada rupa.


Setelah selesai membaca novel ini, aku terfikir, masih ada golongan masyarakat yang mentaliti mereka memandang rupa paras berbanding akademik. Rosmah merupakan anak felda pertama yang mendapat degree namun semua itu tidak dipandang oleh penduduk felda tersebut. Mereka tetap mengutuk Rosmah semahunya. Novel ni berjaya menangkap emosi aku sepanjang pembacaan. Aku murung & menangis di beberapa bab. Plot ceritanya bagus & teknik penceritaannya sangat unik & lain daripada yang lain.

RATING BUKU INI: ⭐⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

REVIEW BUKU: #SERAMSHIT 1.5

REVIEW FILEM: MUNAFIK (2016)