Posts

Showing posts from November, 2020

REVIEW FILEM: GODS OF EGYPT (2016)

Image
TAJUK FILEM: Gods of Egypt ARAHAN:  Alex Proyas Hari itu, Mesir dihias meriah kerana esoknya adalah pertabalan raja baru. Di mana Horus menjadi raja baru. Ketika hari pertabalan tiba, majlis itu didatangi oleh tetamu dari gurun yang lewat tiba. Seth, bapa saudara Horus tiba di majlis itu lantas membuat kekacauan selepas menikam abangnya, Osiris, bapa kepada Horus.  Keadaan Mesir menjadi huru-hara selepas Seth melantik dirinya sebagai raja yang baru. Dalam waktu yang sama, Bek, manusia biasa dengan kekasihnya, Zaya mahu membantu Horus untuk menggulingkan Seth. Dalam pengembaraan itu, Zaya tewas dan dibawa ke alam roh oleh Anubis, Horus yang buta sebelah mata berkelana bersama-sama Bek untuk menggulingkan Seth. Ketika itu juga, di langit Mesir, Ra berulang kali mengusir seekor raksasa gergasi yang mahu masuk ke bumi Mesir dan memusnahkan Sungai Nil. Keseluruhan filem ni aksi lawannya bagus. Susuna cerita okey. Misi Horus bersama Bek jalan seiring walaupun berlaku selisih faha

REVIEW FILEM: OCULUS (2013)

Image
TAJUK FILEM: Oculus ARAHAN:  Mike Flanagan Selepas keluar dari pusat mental, Tim Russel menemui kakak kandungnya, Kaylie Russel. Mereka berbual dengan bahagia. Namun, Tim mula bimbang apabila kakaknya Kaylie menyebut kembali janji yang mereka telah lafaz dahulu.  Kaylie yang bekerja di syarikat lelongan barang antik berjaya menemukan sebuah cermin antik yang telah dibeli dalam satu sesi bidaan di premisnya. Kaylie mengajak Tim untuk menemaninya ke rumah lama mereka bersama cermin antik yang dipinjam oleh Kaylie atas alasan pembaikpulih sebelum diserah kepada pembeli tidak lama lagi. Menurut Kaylie, cermin itu berpuaka dan telah membunuh banyak nyawa. Setelah tiba di rumah lama mereka, Kaylie mengatur perancangan untuk memusnahkan cermin tersebut. Namun, keputusan Kaylie itu telah mengheret mereka kembali ke waktu gelap yang pernah berlaku ke atas ibu dan bapanya sendiri.  Penceritaan filem ni unik kerana ia diselang seli dengan waktu Kaylie dan Tim kecil dengan waktu mereka

REVIEW FILEM: HARMONIKA (2016)

Image
TAJUK FILEM: Harmonika ARAHAN:  Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin Helmi dan Ika bersama kedua orang puteri mereka, Tisya dan Sasya baru berpindah masuk ke sebuah rumah besar milik mak ngah kepada Ika. Selepas beberapa ketika mereka tinggal di rumah tersebut, berlaku pelbagai gangguan. Gangguan itu bermula pada Sasya dan Tisya. Ika yang semakin bimbang dengan anak-anaknya, mengambil satu keputusan tanpa pengetahuan Helmi, suaminya. Pertamanya, Ika meminta bantuan mak ngahnya untuk menutup hijab Sasya, namun tak berjaya. Kemudian, Ika bertemu dengan dukun untuk melindungi rumahnya, dan masih gagal juga. Helmi menafikan anak-anak mereka diganggu makhluk halus malah dia memasang CCTV untuk melihat sendiri apa yang berlaku. Pada satu malam, sedang Helmi memantau CCTV di rumahnya, dia tertidur dan terbangun semula. Ketika dia memeriksa rakaman pada CCTV tersebut, Helmi sangat terkejut dan segera membawa Ika dan anak-anak mereka ke satu destinasi yang mana perjalanan hari itu mer

REVIEW FILEM: NO ESCAPE (2020)

Image
TAJUK FILEM: No Escape ARAHAN:  Will Wernick Sempena ulang tahun ke-10 kejayaannya, Cole, bintang vlogger, ingin mencari bahan paling menarik untuk tatapan para peminatnya. Cole dan kawan-kawannya mendapat jemputan ke Moscow, Rusia untuk merasai pengalaman bermain permainan escape room di sana. Sepanjang mereka berada di escape room tersebut, mereka bingung kerana permainan di ruang tersebut sangat membahayakan. Apabila mereka keluar dari bilik itu, mereka masuk ke satu ruang yang sepatutnya ada staf yang jaga di situ tetapi tiada sesiapa. Malah ruang itu berselerak dan ada kesan darah.  Cole dan kawan-kawannya semakin bimbang kerana mereka yakin bahawa mereka bukan lagi dalam permainan. Cole mencari jalan keluar dari ruang itu untuk menyelamatkan kawan-kawannya termasuk kekasihnya. Namun, apabila pintu ruangan itu dibuka, ia terus mengubah hidup Cole, kekasihnya serta kawan-kawannya buat selama-lamanya. Jalan cerita filem ni boleh tahan. Aku berjaya ditarik sampai ke akhir

REVIEW FILEM: 12 SUICIDAL TEENS (2019)

Image
TAJUK FILEM: 12 Suicidal Teens ARAHAN:  Yukihiko Tsutsumi 12 orang remaja berhimpun di sebuah hospital lama yang sudah ditutup. Mereka hadir untuk satu matlamat. Bunuh diri. Apabila mereka tiba di situ, mereka terkejut kerana menemukan seorang remaja lelaki terbaring kaku di atas sebuah katil di ruang mereka bakal bunuh diri secara beramai-ramai.  Mereka fikir itu adalah penganjur perjumpaan mereka hari itu yang telah mendahului mereka. Ketika itu juga mereka sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran seorang remaja lelaki yang memperkenalkan diri sebagai peserta pertama dan penganjur perjumpaan mereka hari itu.  Mereka bertanya kepada penganjur tersebut siapakah yang terbaring di katil itu. Penganjur itu tidak kenal dengan remaja lelaki tersebut. Mereka menamakannya Zero. Salah seorang daripada mereka mengesyaki bahawa ada antara mereka yang telah membawa remaja lelaki itu ke sini dan telah membunuhnya. Disebabkan tuduhan tersebut, berlaku pelbagai insiden ke atas mereka semu

REVIEW FILEM: LOVE AND MONSTERS (2020)

Image
TAJUK FILEM: Love And Monsters ARAHAN:  Michael Matthews Masa pertama kali aku tengok tajuk dia, tajuk filem ni biasa aje pada aku. Aku terus anggap mesti filem ni pun biasa je dan membosankan. Lepas dah selesai tonton, tanggapan aku salah sama sekali. Ini ialah filem raksasa terbaik yang aku pernah tonton selama ni. Kisahnya pasal seorang lelaki bernama Joel Dawson, antara mangsa yang terselamat selepas Monsterpocalypse, di mana semua haiwan kat Bumi bermutasi jadi raksasa lepas terkena hujan cecair aneh dari seketul meteor yang nak hancurkan Bumi. Joel Dawson yang duduk di koloninya mahu mencabar dirinya dengan nak membuat satu misi. Nak berjumpa dengan kekasihnya, Aimee, yang mana lokasi koloni Aimee terletak 80 batu dari koloni Joel duduk. Joel tetap nekad dan keluar dari koloninya untuk teruskan misinya itu. Dalam perjalanan ke koloni Aimee, Joel bertemu dengan seekor anjing setia bernama Boy yang kematian tuan, Clyde dan Minnow, anak beranak bukan sedarah sedaging. Cl

REVIEW FILEM: KAALI KHUHI (2020)

Image
TAJUK FILEM: Kaali Khuhi (Telaga Hitam) ARAHAN:  Terrie Samundra Filem ni aku tertarik nak tonton sebab ini pertama kali aku tengok ada filem seram dari negara Pakistan. Ia mengisahkan sebuah kampung yang dilanda peristiwa mengerikan di mana muncul seorang kanak-kanak perempuan berbaju merah merayau-rayau di sekitar kampung.  Shivangi, watak utama filem ini, sering mendengar suara aneh dari dalam telaga. Ibunya sering menegur agar jangan terlalu melayan khayalannya. Pada hari itu Shivangi mengikut ibu bapanya pulang ke kampung kerana neneknya sakit aneh dan tak boleh bangun. Tiba di kampung, Shivangi bertemu dengan kawan baiknya, Chandni. Mereka ke rumah Chandni dan Chandni membaca sebuah buku rahsia yang mengisahkan sebuah kisah seram yang berlaku di kampung mereka. Setelah itu, berlaku pelbagai gangguan hingga Shivangi dapat tahu ahli keluarganya ada rahsia gelap yang menyeramkan.  Filem ni kena tonton dengan teliti sebab ada beberapa babak flashback yang penting. Tahap s

REVIEW FILEM: JERITAN MALAM (2019)

Image
TAJUK FILEM: Jeritan Malam ARAHAN:  Rocky Soraya Kisah bermula apabila Reza berhijrah ke Jawa Timur sebab dapat tawaran kerja kat sana. Tiba kat situ, Reza masuk ke rumah pekerja dan di sana dia bertemu dengan Indra dan Minto, rakan serumahnya. Dan rumah itu dijaga oleh Pak Dikin, lelaki separuh abad yang ramah. Pada suatu ketika, mereka berborak di ruang tamu selepas balik kerja dan di situlah titik mula misteri dan kisah seram di rumah mereka tinggal. Reza menegur Minto agar segera mandi dan tak tidur di ruang tamu macam malam tadi. Indra dan Minto berkerut dahi. Ketika itu juga mereka berdua membuka cerita tentang kejadian-kejadian aneh dan seram di rumah tersebut. Reza yang tidak percaya dengan perihal alam ghaib menidakkan kata-kata rakan serumahnya sehingga berlaku sesuatu yang mengubah hidup Reza selama-lamanya. Mesej filem ni bagus dan aku terkesan dengan mesej yang disampaikan. Aku puji lakonan Herjunot Ali membawa watak Reza sebab sepanjang menonton filem ni, aku

REVIEW FILEM: HIS HOUSE (2020)

Image
TAJUK FILEM:  His House ARAHAN:  Remi Weekes Inilah pertama kali aku tonton kisah seram melibatkan orang pelarian. Kisah ini berkenaan sepasang suami isteri yang dibebaskan dari tahanan pelarian. Mereka diberi sebuah rumah dan tak dibenarkan kerja dan pindah ke mana-mana. Kejadian seram bermula lepas mereka pindah masuk ke dalam rumah tu. Mereka suami isteri ni adalah pelarian dari tempat mereka yang tengah berlaku perang antara kaum. Masa dalam perjalanan menyeberang laut, sampan mereka dipukul badai dan anak gadis mereka hanyut dan mati lemas. Selepas mereka berdua pindah masuk ke rumah baru mereka dapat, macam-macam kejadian seram berlaku. Antaranya penampakan roh anak gadis mereka.  Babak paling seram aku masih ingat masa entiti tu berlari-lari dalam dinding. Meremang sekejap. Peleraian cerita pun bagus. Aku betul-betul tak sangka ending dia macam tu. Susunan cerita ringkas dan kemas. Berjaya buat aku tunggu sampai akhir cerita.  RATING FILEM INI:  ⭐⭐⭐⭐