Posts

Showing posts from October, 2019

REVIEW FILEM: FRACTURED (2019)

Image
TAJUK FILEM: Fractured ARAHAN: Brad Anderson Kisah bermula di mana Ray bersama-sama isterinya, Joanne dan anak perempuan mereka, Peri sedang perjalanan bercuti sempena Thanksgiving. Di tengah perjalanan, Peri mahu ke bilik air dan mereka berhenti di sebuah tempat perhentian. Semasa mereka kembali ke kereta, Peri mengadu alat permainannya hilang. Joanne menyangka mungkin anak perempuannya tertinggal benda itu di tandas tadi. Sementara Ray memeriksa di tempat duduk belakang kereta. Ketika itu dia tidak perasan anak perempuannya menuju ke arah kawasan tapak pembinaan terbiar. Kemudian dia terdengar Peri memanggil dirinya, Ray menoleh dan melihat ada seekor anjing mahu menyerang Peri. Dia cuba menghalau anjing itu, tanpa semena, Peri jatuh ke tapak pembinaan itu bersama Ray.  Mereka berdua cedera dan Ray segera memandu ke arah hospital berhampiran. Tiba di sana, Ray menguruskan kemasukan Peri di wad dan Joanne menemankan Peri untuk sesi CT scan, sementara itu Ray duduk di rua

REVIEW FILEM: IT CHAPTER 2 (2019)

Image
TAJUK FILEM: IT Chapter Two ARAHAN: Andres Muschietti Penantian aku selepas menonton IT Chapter One sangat berbaloi. Filem kedua ni mengisahkan Badut Pennywise mengganas kembali selepas 27 tahun ia ditewaskan oleh tujuh orang ahli Kelab Si Malang. Apabila mendengar berita kematian aneh di Bandar Derry, enam orang ahli Kelab Si Malang mendapat panggilan telefon dari salah seorang ahli kelab tersebut, iaitu Mike. Pelbagai reaksi timbul selepas Bill, Beverly, Richie, Eddie, Ben dan Stanley mendapat panggilan telefon tersebut. Masing-masing serba-salah nak kembali ke Derry sebab mereka semua sekarang ada karier & keluarga masing-masing. Atas sebab perjanjian darah yang mereka bertujuh buat pada 27 tahun yang lepas, mereka berangkat jugak kembali ke Derry. Satu per satu ingatan mereka kembali tanpa mereka sangka. Dan Badut Pennywise turut tak sabar nak bunuh mereka sebab mereka telah menewaskannya 27 tahun yang lalu. Sehingga ada yang terkorban dek dendam kesumat Pennywise

REVIEW FILEM: THE KING'S LETTERS (2019)

Image
TAJUK FILEM: The King's Letters ARAHAN: Chul-Hyun Cho Aku tertarik nak tonton filem ni sebab aku ada baca sejarah asal-usul hangul, iaitu abjad negara Korea. Aku memang suka jugak tonton filem sejarah terutamanya berkaitan linguistik. Filem ni mengisahkan Raja Sejong, raja keempat Dinasti Joseon, yang bercita-cita nak cipta abjad baru untuk memudahkan rakyat kelas bawah belajar dan faham. Di era ketika tu, penduduk Korea guna sistem tulisan cina yang memang susah dipelajari oleh rakyat kelas bawah. Kemudian baginda dapat tahu ada seorang sami Buddha bernama Sami Shinmi, yang pakar dalam linguistik dan fonologi. Raja Sejong membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Sami Shinmi untuk melaksanakan cita-cita baginda itu. Namun, apabila para pembesar istana mendapat tahu Raja Sejong membuat pakatan kerjasama dengan Sami Shinmi, mereka membantah sekeras-kerasnya, kerana majoritinya jemaah menteri di istana menganut Konfucius dan anti-Buddha. Berlaku konflik dalaman berkena

REVIEW FILEM: RAATCHASI (2019)

Image
TAJUK FILEM: Raatchasi ARAHAN: Sy Gowthamraj Sudah lama tak layan filem tamil. Jadi, baru-baru ni kawan aku ada cadangkan satu filem tamil baru tahun ni. Tajuknya Raatchasi. Nampak saja pelakon utamanya aku kenal, iaitu Jyotika. Aku pernah tonton lakonan beliau dalam filem tamil kegemaran aku iaitu Chandramukhi, lakonan watak utama Rajnikhan. Aku sangat suka tonton filem yang memaparkan isu pendidikan tak kira apa negara sekalipun. Jadi, ini antara tarikan aku nak tonton filem ni. Ya, memang aku amat berpuas hati dengan filem ni. Ia memaparkan masalah salah guna kuasa dalam sistem pendidikan di sebuah sekolah pedalaman di kawasan R Puthur. Jyotika memegang watak sebagai Geetha Rani, datang ke sekolah tersebut dan menggemparkan seluruh sekolah bahawa beliau adalah Guru Besar baru sekolah itu. Geetha Rani memerhati segenap ceruk masalah-masalah dalam kawasan sekolah beliau. Sedikit demi sedikit dia mengubahnya tanpa gentar. Meskipun pelbagai ancaman menanti dirinya. Ada jug

REVIEW FILEM: GOL & GINCU VOL 2 (2018)

Image
TAJUK FILEM: Gol & Gincu Vol 2 ARAHAN: Bernard Chauly Sejujurnya filem pertama aku tak pernah tonton. Aku cuba tonton filem ni sebab ada Diana Danielle & Ummi Nazeera, dua orang pelakon yang aku suka. Habis tonton filem ni, aku puas hati sangat dan enjoy. Malah lebih penting lagi mesej-mesej yang disampaikan dapat dihadam kepada aku dengan baik. Dan aku suka watak dan latar filem ni di mana dua orang penuntut universiti yang ditimpa musibah sampai dikenakan tatatertib. Buat aku rindu zaman belajar di kampus. Scene paling lawak dalam surau kampus & scene yang buat aku hiba sampai tak perasan air mata meleleh bila Yaya jadi selfish sekejap dan endahkan idea mulia Zak. Ending terbaik. Full of good vibes on this film. Memang terkesan. Teringin nak ulang tonton lagi. Dan ini filem mesti tonton. RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐⭐

REVIEW FILEM: HANTU KAK LIMAH (2018)

Image
TAJUK FILEM: Hantu Kak Limah ARAHAN: Mamat Khalid Memang puas sangat lepas tonton filem ni. Kampung Pisang gempar lagi dengan kes Hantu Kak Limah. Kali ni lebih menarik. Aku suka tengok watak-watak origin dengan watak baru bergabung nak tumpaskan Hantu Kak Limah. Memang dari mula sampai habis berdekah saja aku. Ditambah dengan beberapa kemunculan cameo beberapa retis femes Malaysia, perghhh. Plot jalan cerita filem ni pun baik. Elemen seram komedi superb. Cuma aku sikit sebak sebab dah makin kurang watak-watak origin filem Kampung Pisang ni. Dan terfikir apa yang akan jadi untuk filem seterusnya. Syabas buat filem ni dan tuan pengarahnya tuan Mamat Khalid. RATING FILEM INI: ⭐⭐⭐⭐⭐

REVIEW BUKU: CERPEN-CERPEN UNDERGROUND

Image
PENULIS: Saharil Hasrin Sanin PENERBIT: Dubook Press Satu lagi nukilan idola aku, tuan Saharil Hasrin Sanin yang membuka luas fikiran aku dalam tulisan-tulisan dia. Buku kaler kuning terbitan Dubook Press ni memaparkan pelbagai ragam manusia dalam dunia ini untuk menempuhi hidup masing-masing. Gaya bahasa beliau tak pernah berubah. Penuh estetika, santai dan menarik yang terus menggoda iman untuk baca yang seterusnya. Antara cerpen yang begitu terkesan kat diri aku bertajuk HUJAN BATU dan ANAK BUMI TERCINTA. Apa kisahnya cerpen ni? Kena dapatkan buku kuning ni sekarang. Syabas sekali lagi buat Tuan Saharil untuk masterpiece ini.  RATING BUKU INI: ⭐⭐⭐⭐⭐ 

REVIEW BUKU: KOMIK RONYOK

Image
PELUKIS: Azwanjjai PENERBIT: Maple Comics Komik simple yang sangat ohsem. Aku suka cara pelukis komik mengkritik isu semasa dalam komiknya ini. Ada beberapa bahagian yang mana kritikannya sampai buat aku tergamam. Ia disampaikan santai dan mesra pembaca. Syabas Azwanjjai. Bagi peminat kucing, aku syorkan komik ni sebab pelukis komik ni ada share 12 fakta hal kucing yanh korang tak pernah terfikir pun. Memang ohsem. Sokonglah industri komik Malaysia. Yeahhh. RATING BUKU INI: ⭐⭐⭐⭐⭐

REVIEW FILEM: MUNAFIK (2016)

Image
TAJUK FILEM: Munafik ARAHAN: Syamsul Yusof Terlebih dulu aku nak ucapkan syabas kepada brader Syamsul Yusof kerana berjaya membikin filem ini. Mesejnya sampai kepada aku. Mengisahkan kegetiran hidup seorang ustaz bernama Adam, lakonan Syamsul Yusof, yang kematian isterinya akibat dilanggar lari. Selama 3 bulan hidupnya agak kusut masai. Ustaz Adam juga berhenti dari mengubat penduduk kampung yang selalu terkena gangguan. Dia didatangi oleh kawan karibnya, imam dan ayahnya sendiri dalam memberi semangat semula kepada dirinya. Di samping itu, satu watak bernama Maria, lakonan Nabila Huda, juga mengalami kecelaruan hidup. Ibu tirinya susah hati melihat keadaan Maria. Di satu ketika, Maria kerap diganggu sesuatu. Khabarnya Maria sering dirasuk oleh belaan milik seorang yang warak dan alim. Klimaks bermula apabila kehilangan Pak Osman, ayah kepada Maria. Keadaan semakin mendebarkan selepas berlaku satu kematian yang tak dijangka. Aku puji filem ini kerana pertama, mesejnya sam

REVIEW BUKU: #SERAMSHIT 1.5

Image
PENULIS: 15 Penulis Antologi Cerpen PENERBIT: October Love Buku terbitan October Novel ni menghimpunkan 15 cerita pendek bergenre seram yang punya keunikan masing-masing. Sejujurnya edisi #Seramshit kali ni sudah lebih upgrade tahap seramnya dan ada beberapa cerita yang cukup meremangkan bulu roma. Peminat cerita seram, aku rekemenkan korang miliki dan baca buku ni. Sampaikan aku tak berani gak baca buku ni sorang-sorang. Risau ada yang perhati. Ini serius. Kalau ada edisi seterusnya, harap akan lebih gempak dan seram daripada yang ini. Seramshit 1.5 terbaik!!!  RATING BUKU INI: ⭐⭐⭐⭐1/2

REVIEW BUKU: CERPEN REGINA IBRAHIM

Image
PENULIS: Regina Ibrahim PENERBIT: Buku Fixi Karya kedua Regina Ibrahim ini bagus untuk mereka yang cari buku berkisarkan kehidupan masa kini. Kisah-kisah insan yang dilanda pelbagai rintangan dan bagaimana ia selesaikan masalahnya itu yang buatkan aku ingin tahu kesudahan cerpen ini.  Buku ni bukan karya filsuf yang duduk dalam perpustakaan dan suruh kita berfikir, tapi secara automatik minda kita akan terfikir selepas baca buku ini. Eh, ada ke itu? Eh, yeker macam tu? Eh, samalah dengan masalah aku. Dan banyak lagi. Pada aku mesejnya sampai. Sampai berjaya buat air mata menitis. Inilah realiti masa kini. Syabas, mama. RATING BUKU INI: ⭐⭐⭐⭐1/2

REVIEW BUKU: SUPERFIKSYEN

Image
PENULIS: Nor Ridhwan Saidi PENERBIT: Moka Mocha Ink Sekian lama cari buku ni akhirnya jumpa dan berjaya khatamkan. Antologi cerpen setebal 138 muka surat ni menghimpunkan 12 karya penulis indie tempatan. Temanya ialah superhero atau adiwira.  Selain kisah superhero, ada jugak cerpen yang berkisar supervillain yang memang sangat menarik untuk kita semua baca. Yang paling best ada elemen kejutan yang memang kita yang baca buku ni tak sangka. Teknik penceritaan setiap cerpen memang bagus. Emosi berbeza-beza. Ada kejutan tersendiri dalam setiap cerpen. Tapi ada certain cerpen yang minda aku tak dapat hadam. Mungkin orang lain faham bila baca, tapi aku lambat pick up. Apa pun kepada peminat superhero Malaysia, beli & bacalah buku ni. Sayangi superhero tempatan. Yeah. RATING BUKU INI: ⭐⭐⭐⭐

REVIEW BUKU: LAKNAT

Image
PENULIS: Fahmi Mustaffa PENERBIT: Buku Fixi Novel setebal 258 muka surat ni mengisahkan Amar yang melalui masa gelap penuh trauma angkara abang kandungnya sendiri, Ikhwan. Dia diliwat. Sejak itu Amar bermusuh dengan abangnya, agama malah dengan Tuhan. Namun, itu semua tidak lama bila dia masuk belajar di sebuah universiti bidang sains. Dia bertemu dengan Hakim, pelajar pondok & Zabedoh, kawan sekampungnya. Sejak itu, pelbagai peristiwa berlaku.  Hakim nyaris dilucutkan biasiswanya kerana berdebat dengan seorang prof pemenang Hadiah Nobel tentang perspektif agama. Dr. Alev bersengketa dengan prof tersebut malah tersepit antara soal kerja & peribadi. Satu insiden berlaku kepada Amar, Ikhwan, Hakim & Zabedoh. Muncul watak Molly Angela, pelacur kelas atasan yang jadi tanda tanya aku pada mulanya dan juga watak Estrada yang penuh misteri. Keseluruhannya novel ini berjaya bawa aku menyelami semua emosi dalam plot serta watak-wataknya. Aku suka novel ni sebab banyak

REVIEW BUKU: SERUAN PERTAMA

Image
PENULIS: Ismi Fa Ismail PENERBIT: IFI Enterprise Novel ni mengisahkan Dr. Dayang yang mengkaji satu fenomena aneh di negara kita. Sementara itu, di satu perkampungan di Itali, seorang bayi perempuan berambut merah dilahirkan dalam keadaan misteri. Dr. Dayang dikejutkan dengan satu maklumat daripada 'dia yang tahu segalanya' yang melibatkan kajiannya. Sehingga Dr. Dayang & pembantunya pergi ke sebuah perkampungan di mana mereka bertemu dengan Atif yang kehilangan kekasihnya. Maklumat apa yang Dr. Dayang dapat? Siapakah 'dia yang tahu segalanya' itu? Apa yang jadi pula pada bayi perempuan berambut merah tu? Dan ke manakah kekasih Atif menghilang? Jawapannya ada dalam novel ni. RATING BUKU INI: ⭐⭐⭐⭐1/2

REVIEW BUKU: NUH

Image
PENULIS: Wawa Taufik PENERBIT: BesQ Publication Novel ni ada keunikan pada aku di mana ia berjaya tarik aku untuk tahu apa yang jadi seterusnya. Kisahnya mengisahkan Fazhana Amin, gadis bertudung yang kasar dengan Nuh Ebrahim, lelaki sasa tapi pemalu. Masing-masing punya konflik baik Nuh mahupun Fazhana. Meskipun begitu, mereka berdua tetap yakin dengan isi hati masing yang sudah suka sama suka dalam diam. Sehingga Fazhana melakukan sesuatu yang aku sendiri tak jangka.  RATING BUKU INI: ⭐⭐⭐⭐1/2

REVIEW BUKU: TORA DATANG LAGI

Image
PENULIS: Amirul Bozu PENERBIT: Dubook Press Sebuah buku paling best yang pernah aku baca sepanjang tahun ni. Buku ni bawak aku ke zaman 90-an di mana aku pernah hidup pada zaman tu. Dan paling best buku ni berjaya buat aku banyak kali check pakcik Google. Apa sebab? Korang beli, baca & alamilah sendiri. Penceritaan santai dan mesra pembaca. Syabas buat Amirul Bozu sebab dah berjaya hasilkan buku best ni. Aku akan baca lagi bila aku terkenangkan zaman paling best aku tu. RATING BUKU INI: ⭐⭐⭐⭐1/2

REVIEW BUKU: ROSMOH PEREMPUAN PUAKA

Image
[SPOILER ALERT] PENULIS: Naufal Tarmizi PENERBIT: Lejen Press Berkisarkan kehidupan masyarakat felda. Rosmah bersama dua beradiknya yang lain, Rahimah & Ramona tinggal di Felda Gunung Perawan bersama kedua ibu bapanya, Rafeah & Siak Ali. Kehidupan keluarga mereka berubah apabila Rosmah memakai susuk.  Kebetulan di felda tersebut kecoh tentang isu anak-anak dara dibunuh hantu purdah. Rosmah terkena tempias kerana ketika itu dia baru sahaja belajar bertudung & memakai purdah. Namun, Rosmah mengenakan purdah kerana dia sudah terlanggar pantang, iaitu melihat cermin. Namun, bukan dia yang melakukan pembunuhan ke atas anak-anak dara tersebut. Keadaan semakin teruk tatkala Rosmah diikat oleh orang kampung dan dia dikurung dalam reban oleh Siak Ali. Shahrizat atau Kak Jat, pemilik kedai jahit di mana Rahimah bekerja turut menyebarkan fitnah & memanggil wartawan akhbar untuk melihat keadaan Rosmah.  Tanpa diduga, Rosmah yang dirasuk membaham wartawan tersebut dan ta

SALAM KENAL

Image
Salam kenal. Aku lebih senang dipanggil Fufu. Berbintang Virgo dan chubby bak beruang. Itulah inspirasi yang aku dapat untuk bubuh kat nama blog aku ni. Hobi aku baca buku dan tonton movie. Jadi, dalam blog sulung aku ni, aku akan coretkan review aku pada setiap buku dan movie yang aku selesai hadam. Selamat menikmati tulisan aku di sini.